Sempena Karnival Sukan Kementerian Kewangan Negeri Sabah kali ke-11, BDC Sabah bersama Sabah Mineral Management Sdn Bhd telah menganjurkan acara Sukaneka pada 22hb Jun 2024 yang berlangsung di Gelanggang Bola Jaring, Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.
Para peserta yang mengambil bahagian adalah wakil-wakil daripada agensi-agensi Kerajaan, badan-badan berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri seperti Saham Sabah Berhad, Sabah Air Aviation Sdn Bhd, Sabah Development Bank Berhad, Sabah Credit Corporation, Jabatan Bendahari Negeri Sabah, Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Yayasan Usaha Maju, Qhazanah Sabah Berhad, SAFMA, Progressive Insurance Bhd dan Desa Group. Antara acara-acara yang diadakan adalah sarung berantai, lumba kotak, bola gotong, lumba belon dan tarik tali yang merupakan acara kemuncak sukaneka tersebut.